Pengenalan
Pelogaman ialah proses membentuk sentuhan ohm untuk tujuandan
penyambungan elektrik antara komponen-komponen dalam litar bersepadu. Pemilihan
logam yang sesuai untuk tujuan penglogaman dalam litar bersepadu adalah berdasarkan
ciri-ciri berikut:- logam tersebut mestilah pengalir elektrik yang baik(keberintangan
rendah), boleh melekat pada permukaan semikonduktur dan silikon oksida, dan
yang mempunyai tegasan yang rendah, boleh tahan terhadap elektromigrasi, mudah
dimendapkan pada suhu yang tidak terlalu tinggi,mudah dipunarkan untuk menghasil
corak yang dikehendaki,stabil sepanjang keseluruhan fabrikasi, tidak menjangkiti
peranti, wafer dan peralatan yang digunakan, mempunyai rintangan sentuh yang
rendah dan penembusan ke dalam substrat yang minimum. Sentuhan yang baik mestilah
sentuhan yang tidak mengganggu ciri elektrik peranti, iaitu mempunyai rintangan
sentuh yang boleh diabaikan berbanding dengan rintangan peranti. Di antara logam
yang boleh digunakan untuk tujuan sentuhan ohm ialah emas, aluminium, nikel,
plumbum, perak dan krominium. Selain daripada logam tersebut polisikon juga
digunakan untuk tujuan penyambungan terutama bagi peranti CMOS. Bagi peranti
silikon, aluminium telah didapati lebih sesuai sebagai pengalir dan elektrod
kerana boleh melekat dengan baik di atas silikon dan silikon oksida.Aluminium
merupakan
pengalir yang baik dan mampu untuk membawa ketumpatan yang tinggi, keadaan ini
boleh mengelak berlakunya fenomena elektromigrasi.
Kesan Dimensi Talian Terhadap Masa Lengah RC
Rintangan sesuatu logam adalah penting dalam pelogaman litar bersepadu terutama VLSI. Selain dari mengawal arus yang melalui antara sambungan, rintangan juga memainkan peranan penting dalam menentukan ciri sesuatu peranti MOS. Ini kerana ciri pensuisan MOS bergantung pada pemalar masa RC. Nilai RC yang tinggi akan menyebabkan kelajuan operasi transistor perlahan. Oleh itu,jumlah rintangan mestilah dibuat sekecil mungkin untuk mengurangkan pemalar masa. Bagi suatu logam, rintangan boleh dikurangkan dengan meminimumkan panjangnya atau melebarkannya.
|| Isi Kandungan
|| Sekalung Penghargaan || Pengenalan
|| Sistem Aliminium-Silikon ||
|| Teknik Penglogaman || Masalah
Penglogaman || Silisida || Rujukan
||